BANTUAN KHAS KEWANGAN 2026 | MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN RAKYAT ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik pelaksanaan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2026 sebagai satu inisiatif Kerajaan MADANI yang mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan penjawat awam serta pesara khususnya warga KDN untuk terus menjadi nadi perkhidmatan negara.

Inisiatif ini bukan sekadar bantuan kewangan, malah simbol penghargaan kepada dedikasi warga kerja yang sentiasa berkhidmat demi keamanan dan kesejahteraan Malaysia. KDN komited menyokong usaha penyampaian maklumat yang tepat, telus dan berfokus kepada manfaat rakyat selaras dengan agenda kesejahteraan ekonomi negara.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri berkata:
โ€œKerajaan terus memastikan kebajikan penjawat awam dan pesara sentiasa diberi perhatian kerana mereka merupakan tulang belakang kepada kestabilan serta kelangsungan perkhidmatan negara.โ€

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | Kementerian Dalam Negeri

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *