
25 Feb 2026
KualaLumpur: Seorang kontraktor kerugian RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kelas pelaburan saham percuma dipromosikan menerusi aplikasi Facebook, Oktober tahun lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata lelaki berusia lingkungan 60-an itu tertarik dengan tawaran tersebut pada 2 Okt 2025 dan menekan pautan disertakan sebelum dimasukkan ke kumpulan WhatsApp dikendalikan individu tidak dikenali.
