𝟯𝟱𝟬 π—£π—˜π—‘π—¨π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—š π—˜-π—›π—”π—œπ—Ÿπ—œπ—‘π—š π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—› π—£π—”π—‘π—§π—”π—œ π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” 𝗧𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑 π—œπ—‘π—¦π—¨π—₯𝗔𝗑𝗦 π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑

26 Feb 2026

KualaLumpur : Seramai 350 penunggang e-hailing di kawasan Lembah Pantai menerima rezeki luar jangka pada bulan Ramadan apabila Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan tajaan premium insurans di bawah skim Perlindungan Tenang selama setahun.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata tajaan insurans itu membuktikan Kerajaan MADANI memberi perhatian serius terhadap masa depan pekerja ekonomi gig, termasuk penunggang e-hailing.

β€œIni juga sebagai tanda penghargaan saya kepada para riders yang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu dianggap frontliners. Saya tidak lupa akan sumbangan mereka hingga kini,” katanya selepas merasmian Program Satelit Khas: Ihya Ramadan TemuMi 2.0 2026@Lembah Pantai hari ini.

πŸ“Έ Muhammad Hazim Izam | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *