





Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
27 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa dalam sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan demokratik, rakyat harus menjadi lebih matang menerima hakikat bahawa menyantuni serta memberi ruang kepada perkembangan bahasa-bahasa lain adalah kekuatan, bukan kelemahan.
Beliau berkata kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetap terpelihara dan mesti dihormati, kerana ini tanah air kita semua maka sejarahnya wajib difahami, bahasanya wajib dikuasai.
“Dalam masa yang sama, penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina juga penting,” kata beliau dalam hantaran di FB.
TAHUN BAHARU CINA
Terdahulu Anwar berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong 2026) di Wisma Huazong, Seri Kembangan.
Anwar berkata bahasa Cina kini menjadi bahasa ekonomi yang signifikan di rantau Asia dan dunia, malah ditawarkan sebagai bahasa pilihan di banyak universiti terkemuka.
“Saya percaya bukan Bahasa Melayu sahaja terus diperkukuh, tetapi kita perlu mengangkat keupayaan penguasaan bahasa-bahasa lain demi masa depan anak-anak dan daya saing negara,” kata beliau. – JM
