

Oleh: Sholina Osman
1 MAC 2026
Semua rakyat Malaysia di Qatar adalah dinasihatkan untuk terus berwaspada dan jangan keluar, kecuali untuk urusan mustahak sahaja.
Notis yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar memaklumkan demikian ekoran keadaan di Rantau Teluk dan Qatar masih belum stabil sepenuhnya.
Sehubungan itu rakyat Malaysia diminta ikuti perkembangan semasa melalui sumber-sumber sahih dan jangan berkongsi berita tidak benar.
Buat masa ini, ruang udara Qatar masih ditutup. Sila hubungi talian Qatar Airways: +974 4144 5555 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad.
Sekiranya anda berhadapan dengan kecemasan, sila hubungi Kedutaan melalui : Tel: +974 3374 6733 (24 Jam) Emel: mwdoha@kln.gov.my – JM
