TEGAS, BERANI & TIDAK BERKOMPROMI DENGAN ANCAMAN

BUKIT KAYU HITAM, 28 Februari 2026 – Susulan kejadian tembakan terhadap kenderaan yang dipandu Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah turun padang mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.

πŸ’¬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

“Kerajaan tidak akan sesekali berundur atau berkompromi dengan mana-mana ancaman terhadap keselamatan negara dan pegawai penguat kuasa. Kita tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman. Keselamatan pegawai kita adalah keutamaan dan keselamatan pintu masuk negara adalah amanah besar yang mesti dipertahankan.”

  • YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Lawatan ini bukan sekadar meninjau situasi dan menerima taklimat terperinci, tetapi sebagai tanda solidariti dan sokongan moral kepada warga AKPS yang bertugas di barisan hadapan menjaga pintu masuk negara.

Kementerian Dalam Negeri komited memberi sokongan penuh, bukan sahaja dari sudut moral, malah melibatkan aspek logistik, peralatan dan keperluan operasi bagi memastikan setiap anggota dapat menjalankan tugas dengan selamat dan berkesan.

Turut hadir bagi sesi lawatan tinjauan ini YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN serta Pengurusan Tertinggi AKPS. Keselamatan sempadan bukan pilihan. Ia tanggungjawab negara. Anggota kita tidak akan dibiarkan berdepan risiko sendirian.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *