𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 π—¦π—œπ—‘π—§π—˜π—§π—œπ—ž & β€œπ—£π—”π—₯𝗧𝗬 𝗗π—₯π—¨π—šπ—¦β€

2 Mac 2026

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia ingin mengingatkan masyarakat bahawa dadah sintetik seperti pil ekstasi, MDMA, Erimin 5 dan pil kuda sering disalah anggap sebagai β€œdadah ringan” yang kononnya selamat digunakan ketika berhibur.

Hakikatnya, bahan ini mengandungi campuran kimia yang tidak diketahui kandungannya dan boleh memberi kesan serius kepada kesihatan. Pengguna berisiko mengalami kerosakan otak, gangguan emosi, serangan jantung, sawan dan dalam kes tertentu boleh membawa maut β€” walaupun hanya mencuba sekali.

PIL BERWARNA-WARNI

Dadah jenis ini sering disebarkan dalam bentuk pil berwarna-warni yang kelihatan seperti gula-gula bagi menarik perhatian golongan belia. Jangan terpedaya dengan rupa bentuknya. Sekali tersilap langkah, masa depan dan nyawa menjadi taruhan.

JSJN PDRM menyeru ibu bapa, penjaga, pendidik serta masyarakat agar memainkan peranan dalam memantau dan mendidik anak-anak tentang bahaya dadah sintetik. Pencegahan awal adalah benteng terbaik dalam melindungi generasi muda daripada menjadi mangsa.

Sekiranya mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah, salurkan kepada pihak berkuasa melalui talian 012-208 7222. Kerjasama masyarakat amat penting dalam memerangi ancaman dadah demi keselamatan negara.

π—žπ—”π—§π—”π—žπ—”π—‘ π—§π—œπ——π—”π—ž π—žπ—˜π—£π—”π——π—” 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛.
𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗦𝗨𝗛 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *