PMX kutuk sekeras-keras pembunuhan ke atas Pemimpin Tertinggi Iran

Wartawan JM
Foto AFP
2 MAC 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-keras pembunuhan ke atas Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei di mana tindakan ini meletakkan Timur Tengah di dalam ketidakstabilan yang berterusan.

“Saya mengucapkan takziah kepada Republik Islam Iran dan kepada rakyat Iran pada saat yang amat sukar ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Jelas beliau bagi mereka yang menyambut kematiannya dengan gembira seharusnya menyedari akibat dari tindakan tersebut.

“Malaysia senada dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh negara-negara prihatin iaitu menyeru semua pihak untuk berundur dari bertambah lagi ketegangan,” kata beliau.

KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN

Beliau mengakui kebimbangan utama adalah kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di Iran, Negara Teluk dan Timur Tengah

“Kepada semua rakyat Malaysia di wilayah yang terjejas, kerajaan sedang berusaha untuk memastikan perlindungan diberikan sepenuhnya. Misi kami telah diberi mandat dan sumber penuh untuk membantu anda,” kata Anwar.

Anwar berkata kerajaan akan menilai dengan segera kesan ekonomi konflik itu, termasuk risiko kepada ruang udara serantau dan kebebasan pelayaran melalui Selat Hormuz.

TERLIBAT SECARA LANGSUNG

Jelas beliau perdagangan dan keselamatan tenaga Malaysia terlibat secara langsung, dan pihaknya akan bertindak sebagaimana yang perlu untuk menjaga kepentingan negara.

“Malaysia menggesa gencatan senjata segera, perlindungan orang awam dan kembali kepada dialog yang serius,” tegas Perdana Menteri.

Beliau berkata krisis ini tidak boleh diselesaikan dengan kekerasan. Ia memerlukan diplomasi, kekangan dan kemahuan politik. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *