


KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2026 β Sesi turun padang YB Senator Datuk Dr Fuziah Salleh ke Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) peringkat Zon Tengah diteruskan hari ini di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang (Kg. Baru), Kuala Lumpur. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Payung RAHMAH MADANI bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup sepanjang bulan Ramadan.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pelaksanaan BRR melibatkan empat lokasi utama dengan kerjasama strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), iaitu Bazar Ramadan Jalan Raja Alang (Kg. Baru), UTC Sentul, TLK Tasik Permaisuri dan Seksyen 1, Wangsa Maju.
Program ini membolehkan kementerian meninjau pematuhan harga, kualiti dan kebersihan peniaga serta berinteraksi dengan pengguna dan peniaga kecil.
Pendekatan ini menzahirkan komitmen Kerajaan memastikan BRR memberi manfaat melalui juadah berbuka pada harga rahmah dan ekosistem perniagaan yang adil selaras dengan semangat Malaysia MADANI.
