AirBorneo lancar sistem daftar masuk dalam talian bagi laluan dikendalikan ATR

3 Mac 2026

AirBorneo memperkenalkan daftar masuk dalam talian bagi semua laluan yang dikendalikan pesawat turboprop ATR miliknya.

Langkah ini secara langsung meningkatkan kemudahan kepada penumpang di seluruh Malaysia Timur.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh milik Kerajaan Negeri Sarawak itu, perkhidmatan baharu berkenaan membolehkan penumpang membuat daftar masuk secara digital, memilih tempat duduk pilihan mereka dan menerima pas masuk elektronik sebelum tiba di lapangan terbang.

Ini sekali gus mengurangkan masa menunggu serta meningkatkan kecekapan keseluruhan perjalanan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *