KinderHub@MCMC perkukuh kesejahteraan warga kerja, keluarga

Oleh: Sholina Osman
3 MAC 2026

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-kanak
(Tadika) KinderHub@MCMC di Cyberjaya sebagai manifestasi komitmen berterusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam memperkukuh kesejahteraan warga kerja dan keluarga.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Pengerusi MCMC Tan Sri Salim Fateh Din.

Kenyataan media MCMC hari ini memaklumkan inisiatif ini mencerminkan pendekatan holistik MCMC yang bukan sahaja
menumpukan kepada kecemerlangan institusi, malah mengiktiraf bahawa sokongan terhadap keluarga adalah asas kepada tenaga kerja yang produktif, seimbang dan berdaya tahan.

SERAMAI 153 ORANG

Ia beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 7.00 pagi hingga 7.00 malam,
KinderHub@MCMC mampu menempatkan seramai 153 orang kanak-kanak pada satu-satu masa.

Pusat ini menyediakan persekitaran yang selamat, ceria dan kondusif
bagi penjagaan serta pendidikan awal, khusus untuk anak-anak warga kerja MCMC.

Kemudahan ini diharapkan dapat memberi ketenangan kepada ibu bapa dalam mengimbangi tanggungjawab kerjaya dan keluarga, sekali gus menyokong
kesejahteraan emosi, fokus dan produktiviti.

MCMC komited dalam memperkukuh peranannya sebagai majikan pilihan dengan menyediakan pusat jagaan berkualiti yang menjamin keselamatan, kualiti dan kebajikan anak-anak warga kerja, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *