π—žπ——π—£π—• π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—£π—”π—›π—”π—‘π—š π—•π—˜π—₯π—žπ—˜π—‘π—”π—‘ π— π—˜π— π—”π—¦π—¬π—›π—¨π—₯π—žπ—”π—‘ π— π—”π—¦π—π—œπ—— 𝗕𝗔𝗛𝗔π—₯𝗨 π—™π—˜π—Ÿπ——π—” π—π—˜π—‘π—šπ—žπ—” 𝟭𝟡 π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π— π—”π—¦π—π—œπ—— π—§π—˜π—‘π—šπ—žπ—¨ 𝗔𝗠𝗣𝗨𝗔𝗑 π—£π—”π—›π—”π—‘π—š π—§π—¨π—‘π—žπ—¨ π—”π—­π—œπ—­π—”π—› π—”π— π—œπ—‘π—”π—› π— π—”π—œπ— π—¨π—‘π—”π—› π—œπ—¦π—žπ—”π—‘π——π—”π—₯π—œπ—”π—›

MARAN, 03 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Baharu Felda Jengka 19 di sini dengan nama Masjid Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandriah, Felda Jengka 19.

Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada majlis berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berkenan bertitah menyifatkan penamaan masjid tersebut sebagai suatu penghormatan yang lahir daripada hati yang penuh keikhlasan dan kasih sayang Paduka Baginda terhadap Tengku Ampuan Pahang.

Paduka Baginda menjelaskan bahawa keputusan menamakan masjid itu sebagai Masjid Tengku Ampuan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bukan sekadar simbolik, malah sebagai tanda memuliakan dan menghargai peranan besar Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang selaku permaisuri bagi negeri Pahang, isteri kepada Sultan, ibu kepada Tengku Mahkota Pahang dan anakanda-anakanda Paduka Baginda serta tonggak institusi keluarga Diraja.

Paduka Baginda bertitah, Tengku Ampuan Pahang juga merupakan seorang pemimpin wanita yang aktif menerajui pelbagai institusi dan persatuan wanita di negeri ini serta sentiasa mendekati rakyat tanpa mengira lapisan masyarakat.

β€œBukan kerana itu sahaja, tetapi yang lebih penting, ini adalah satu penghormatan kepada seorang wanita,” titah Paduka Baginda.

Paduka Baginda turut menzahirkan bahawa penamaan tersebut juga sebagai simbol penghargaan kepada seluruh wanita di rancangan Felda yang memainkan peranan amat besar dalam membangunkan komuniti.

Titah Paduka Baginda lagi, kaum wanita di Felda bukan sahaja aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan sokongan politik, malah gigih menguruskan rumah tangga, menyediakan makanan, membantu ekonomi keluarga serta mendidik anak-anak ke sekolah, ke masjid dan ke institusi tahfiz.

β€œSyabas kepada semua wanita-wanita di Felda,” titah Paduka Baginda sambil menegaskan bahawa kekuatan institusi keluarga dan kemajuan rancangan Felda banyak bergantung kepada ketabahan, kesabaran dan keikhlasan golongan wanita.

Mengakhiri titah, Paduka Baginda menzahirkan harapan agar masjid yang dimasyhurkan itu bukan sahaja menjadi pusat ibadah, malah berperanan sebagai pusat penyatuan ummah, pembangunan ilmu dan pengukuhan institusi kekeluargaan dalam kalangan masyarakat setempat. -KESULTANAN PAHANG

β€”β€”-

HRH THE SULTAN OF PAHANG PROCLAIMS THE NEW FELDA JENGKA 19 MOSQUE AS MASJID TENGKU AMPUAN PAHANG TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH

MARAN, March 03, 2026 – His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, today officiated the proclamation of the New Felda Jengka 19 Mosque here, which has been named Masjid Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Felda Jengka 19.

His Royal Highness was accompanied by Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, and His Royal Highness the Crown Prince of Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Also in attendance were His Highness Tengku Panglima Raja Brigadier General Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah and His Highness Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

At the ceremony, His Royal Highness described the naming of the mosque as an honor born from a heart filled with sincerity and affection towards the Tengku Ampuan of Pahang.

His Royal Highness explained that the decision to name the mosque Masjid Tengku Ampuan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah was not merely symbolic, but a mark of reverence and appreciation for the significant role of the Tengku Ampuan of Pahang as the Queen Consort of the state, wife to the Sultan, mother to the Tengku Mahkota of Pahang and Their Royal Highnesses’ children, as well as a pillar of the Royal Family institution.

His Royal Highness decreed that the Tengku Ampuan of Pahang is also a female leader who actively heads various institutions and women’s associations in the state and consistently engages with the people from all walks of life.

β€œNot only because of that, but more importantly, this is a tribute to a woman,” His Royal Highness said.

His Royal Highness further expressed that the naming also symbolizes appreciation for all women in the Felda settlements who play a major role in developing their communities.

His Royal Highness added that women in Felda are not only active in community activities and political support, but are also diligent in managing households, preparing meals, contributing to the family economy, and ensuring their children attend school, the mosque, and tahfiz institutions.

β€œCongratulations to all the women of Felda,” His Royal Highness said, stressing that the strength of the family institution and the progress of Felda settlements largely depend on the resilience, patience, and sincerity of women.

In concluding his address, His Royal Highness expressed hope that the proclaimed mosque will serve not only as a center of worship, but also as a hub for the unity of the ummah, the advancement of knowledge, and the strengthening of family institutions within the local community. -KESULTANAN PAHANG

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *