





CYBERJAYA, 3 Mac 2026 β YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, hari ini merasmikan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam Response Centre β NSRC) di Menara 2 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya sebagai bukti komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam membanteras jenayah siber yang semakin membimbangkan di negara ini.
Langkah ini selari dengan usaha memperkukuh pengoperasian pusat tersebut yang kini berfungsi sepenuhnya sebagai pusat respons kebangsaan selama 24 jam sehari.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datoβ Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri; YB Datoβ Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi; serta Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
NSRC di Cyberjaya telah memulakan operasinya pada 7 Oktober 2022 dan diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pasukan operasi yang merangkumi Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
Selaras dengan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) pada 26 Jun 2025, NSRC terus diperkasa sebagai pusat sehenti di bawah kawal selia Kementerian Dalam Negeri (KDN).
MANGSA PENIPUAN
Mangsa penipuan kewangan dalam talian digesa bertindak segera dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas menyedari kejadian bagi mengelakkan dana dipindahkan ke akaun berlapis atau ditukar kepada aset kripto. Orang ramai dinasihatkan supaya segera menghubungi talian 997 bagi membolehkan tindakan pembekuan awal dilaksanakan dengan pantas.
Selain itu, mangsa turut disaran membuat laporan polis dengan segera serta menyemak akaun atau nombor telefon melalui portal SemakMule (https://semakmule.rmp.gov.my) sebelum melakukan sebarang transaksi.
