






5 Mac 2026
AlorSetar Kedah: Perkhidmatan penyediaan juadah berbuka puasa dalam mangkuk tingkat kini menjadi pilihan anak-anak yang tinggal berjauhan, sebagai cara memastikan ibu bapa mereka menikmati hidangan lengkap tanpa perlu berpenat lelah memasak sepanjang Ramadan.
Peniaga juadah mangkuk tingkat, Atikah Abdullah Hasnan, 42, dari Simpang Empat, berkata kebanyakan pelanggannya terdiri daripada individu yang bekerja atau menetap di luar Kedah dan memilih perkhidmatan itu bagi memastikan ibu bapa mereka menerima juadah berbuka setiap hari.
βSebelum ini, saya buat katering secara kecil-kecilan sahaja, Ramadan tahun ini mula cuba pasaran di Alor Setar dengan membuat juadah mangkuk tingkat. Pada awalnya, memang risau sebab hari pertama Ramadan, hanya dua orang sahaja buat tempahan.
TEMPAHAN SEMAKIN BANYAK
βDalam seminggu, saya ambil tempahan empat hari iaitu Isnin hingga Khamis dan syukur, tempahan sekarang semakin banyak sekitar 20 hingga 25 tempahan sehari. Tetapi, buat masa ini saya hanya ambil tempahan sekitar Alor Setar dan paling jauh di Tunjang, Jitra,β katanya kepada Bernama.
Atikah berkata menu yang disediakan berubah setiap hari sepanjang Ramadan, bagi memastikan pelanggan tidak jemu dan sentiasa menikmati variasi hidangan yang disediakan.
Sumber : Bernama
πΈ Adib Hasri | BERNAMA
