πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ 𝐉𝐒𝐉𝐍 ππƒπ‘πŒ – ππŽπ‹πˆπ’ 𝐍𝐄𝐖 𝐙𝐄𝐀𝐋𝐀𝐍𝐃 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ„π‘π€ππ†πˆ π‰π„ππ€π˜π€π‡ 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 π’π„πŒππ€πƒπ€π

Bukit Aman, 6 Mac 2026 (Jumaat) – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia telah menerima kunjungan delegasi Polis New Zealand yang diketuai oleh Detective Inspector Mr. Warwick Peter McKee, Head Regional Police Liaison Officer, New Zealand Embassy Kuala Lumpur bersama Detective Senior Sergeant Mr. Jason McIntosh, Irregular Migration Liaison Officer (IMLO) serta Detective Senior Sergeant Mr. Andrew Walker, Customs Counsellor for South and Southeast Asia.

Delegasi tersebut telah disambut oleh YDH CP Dato’ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama barisan kepimpinan tertinggi JSJN yang terdiri daripada YDH DCP Mohd Zani bin Che Din, Timbalan Pengarah Narkotik (Perlucuthakan Harta / Perundangan / Tahanan), YDH SAC Zairulnizam bin Zainuddin @ Hilmi, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan / Pencegahan / Kepolisan Am) serta YDH SAC Mohd Afzanizam bin Yahaya, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan / Perhubungan Antarabangsa).

Pertemuan ini menzahirkan hubungan kerjasama yang baik antara JSJN PDRM dan Polis New Zealand, khususnya dalam perkongsian maklumat serta risikan berkaitan jenayah narkotik dan jenayah terancang rentas sempadan.

JSJN terus komited untuk terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam usaha membanteras jenayah narkotik, seterusnya memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara daripada ancaman dadah.

Jurufoto : KPL Mohd Khairuddin bin Shafie

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *