๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ ๐—ž๐——๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐——๐—œ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

.
๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก, ๐Ÿฑ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ โ€“ Kompleks Bersepadu Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Wilayah Persekutuan Labuan bakal diroboh dan dibina semula bagi memperkukuh keupayaan operasi maritim negara, melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

Langkah awal ke arah pelaksanaan projek itu dimuktamadkan menerusi Bengkel Penyediaan Client Brief of Requirement (CBOR) yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Mac 2026 di sini.

Bengkel anjuran Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia itu menjadi platform penting bagi memperincikan keperluan projek dan menyelaras input semua pihak berkepentingan sebelum reka bentuk serta pembangunan fizikal dilaksanakan.

Pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri, Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan PPM terlibat secara langsung dalam perbincangan meliputi skop pembangunan, keperluan fasiliti operasi, ruang pentadbiran serta aspek teknikal yang akan dimasukkan dalam dokumen CBOR.

Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, Ahmad Fuad Apandi ketika merasmikan majlis penutup bengkel menegaskan, dokumen CBOR yang komprehensif menjadi asas utama dalam memastikan projek itu memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan kedua-dua agensi.

Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perancangan rapi amat penting bagi memastikan kompleks baharu itu benar-benar menyokong keperluan operasi penguatkuasaan.

โ€œDokumen ini akan menjadi rujukan utama dalam mereka bentuk infrastruktur yang mampu meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh kawalan keselamatan dan kedaulatan perairan negara, khususnya di Labuan,โ€ katanya.

Beliau turut menegaskan, pembangunan semula kompleks berkenaan dijangka menjadi model infrastruktur keselamatan maritim bersepadu di bawah KDN, sekali gus memperkukuh kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan PPM.

Projek meroboh dan membina semula Kompleks Bersepadu KDN Labuan itu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) dan dijangka bermula tahun ini.

Sepanjang bengkel berlangsung, beberapa sesi pembentangan teknikal dan perbincangan terperinci diadakan bagi memastikan setiap komponen fasiliti operasi, pentadbiran serta sokongan logistik dirancang secara berfasa dan berimpak tinggi terhadap kesiapsiagaan penguatkuasaan maritim negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *