


7 Mac 2026
KKM melalui aplikasi MySejahtera menawarkan fungsi Pengesan Penyakit Berjangkit yang memaparkan jumlah kes yang dilaporkan bagi memperkasakan rakyat dengan maklumat terkini dan telus supaya langkah pencegahan yang bersesuaian dapat diambil.
Fungsi ini merangkumi penyakit-penyakit berikut:
- Demam Denggi
- Rabies
- Campak
- Tuberkulosis (Tibi)
- Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
Cara penggunaan:
1οΈβ£ Klik ruangan βCariβ.
2οΈβ£ Masukkan lokasi yang dikehendaki seperti nombor poskod atau nama jalan.
3οΈβ£ Paparan bilangan kes aktif di sekitar lokasi carian akan dipaparkan.
Orang ramai disarankan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai rujukan rasmi bagi mendapatkan maklumat kesihatan awam yang sahih dan terkini.
Kekal berwaspada dan sentiasa mengamalkan langkah pencegahan.
