al-Quran tidak wajar dipandang ringan, ia wahana perbaiki kedudukan manusia – PMX

Wartawan JM
7 MAC 2026

Sejarah yang terpahat dalam al-Quran tidak wajar dipandang ringan dan ia menjadi wahana penting untuk memperbaiki kedudukan manusia, mengambil ibrah daripada pengalaman silam dan membimbing umat menghadapi cabaran semasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata al-Quran juga bukan sekadar memenuhi maqasid penurunannya dalam memperkukuh akidah dan memuliakan insan, tetapi juga merakamkan misi islah melalui kisah sejarah perjuangan para Rasul sebagai pedoman umat.

“Bulan Ramadan bukan sekadar sarat dengan rutin ibadah puasa, tilawah al-Quran dan tarawih, tetapi turut mengangkat peristiwa agung Nuzul al-Quran, detik penurunan wahyu yang menjadi mukjizat dengan daya transformasi luar biasa,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Jelas Anwar melalui al-Quran masyarakat jahiliah berjaya dibentuk menjadi khayra ummah, sebagaimana generasi para sahabat yang dikenal sebagai generasi al-Quran.

Firman Allah SWT:

โ€ŽุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ูฑู„ู‘ูŽุฐูู‰ู“ ุฃูู†ุฒูู„ูŽ ูููŠู‡ู ูฑู„ู’ู‚ูุฑู’ุกูŽุงู†ู ู‡ูุฏู‹ู‰ ู„ู‘ูู„ู†ู‘ูŽุงุณู ูˆูŽุจูŽูŠู‘ูู†ูŽูฐุชู ู…ู‘ูู†ูŽ ูฑู„ู’ู‡ูุฏูŽู‰ูฐ ูˆูŽูฑู„ู’ููุฑู’ู‚ูŽุงู†ู

Maksudnya:
โ€œBulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia serta keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan menjadi pembeza antara yang benar dengan yang batil.โ€
(Surah al-Baqarah: 185) – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *