
6 MAC 2026, JOHOR BAHRU β Seorang Pengarah Syarikat berusia 32 tahun yang terlibat dalam aktiviti penstoran buangan terjadual kod SW102, SW110 dan SW422 di Kawasan Perindustrian SILC, Johor telah disabitkan kesalahan dengan hukuman penjara dan denda sebanyak RM150,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.
Tertuduh, Selvanderan A/L Mageswaran telah didakwa bagi tiga (3) pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 18(1A), Seksyen 19(1)(a) dan Seksyen 34A(6), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tertuduh telah membuat pengakuan bersalah bagi kesemua pertuduhan dan telah disabitkan kesalahan di hadapan Hakim, Datoβ Che Wan Zaidi bin Che Wan Ibrahim.
Pihak industri dan masyarakat adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan tegas dikenakan ke atas syarikat, pengarah syarikat serta individu yang terlibat tanpa kompromi.
Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
