Pesanan PMX kepada penjawat awam bawa negara ke tahap maju tuntut komitmen berterusan

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 MAC 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada seluruh penjawat awam bahawa dalam usaha membawa negara ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing ia menuntut komitmen berterusan bagi menjayakan aspirasi Malaysia MADANI

Beliau berkata ini kerana ia menitikberatkan amanah, integriti serta profesionalisme tinggi, apatah lagi dalam menghadapi suasana dunia yang semakin tidak menentu dan mencabar.

Sebelum itu Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan bersama warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Beliau berkata ia bagi membincangkan langkah-langkah reformasi perkhidmatan awam demi memperkukuh kecekapan tadbir urus serta mutu penyampaian kepada rakyat.

“Pastinya usaha ini terkait rapat dengan penerapan teknologi baharu termasuk penggunaan Kecerdasan Buatan (AI), yang berpotensi meningkatkan produktiviti, mempercepat proses kerja serta memantapkan keupayaan perkhidmatan awam agar lebih responsif, cekap dan berkesan dalam memenuhi keperluan rakyat,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *