




11 MAC 2026
Johor Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menugaskan sebanyak 150 anggota bagi mengawal perairan, dengan kekuatan 20 bot ronda sepanjang musim perayaan Aidilfitri di Johor.
Komander PPM Wilayah Dua ACP Noor Azman Jamal berkata rondaan akan turut dilakukan dengan kerjasama Polis Pengawal Pantai Singapura (SPCG) menerusi kerjasama dan persefahaman yang telah lama terjalin.
Beliau berkata, PPM Wilayah Dua memfokuskan pemantauan di perairan Selat Johor Barat dari Tambak Johor sehingga ke perairan Tanjung Piai dekat Pontian.
βSelain itu, pemantauan juga dilakukan di perairan sebelah timur, dari Tambak Johor sehingga ke perairan Pengerang dekat Kota Tinggi,β katanya kepada Bernama ketika mengadakan pertemuan dengan Singapore Police Coast Guard (SPCG) di perairan Selat Johor Barat, malam tadi.
πΈ Hazrol Zainal | BERNAMA
