๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐Ÿฒ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž, ๐—ฆ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—ฆ๐—ก๐—”๐—™ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—–๐—ž๐—ฆ๐—ข๐—ก

๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—–๐—ž๐—ฆ๐—ข๐—ก, ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ โ€”Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah meneruskan program pengagihan bubur lambuk sempena bulan Ramadan dengan mengedarkan lebih 600 unit bubur lambuk kepada kariah Masjid Al-Ehsaniah, Taman Intan Perdana serta masyarakat sekitar Port Dickson.

Bubur lambuk tersebut dimasak secara gotong-royong oleh warga Maritim Malaysia bersama ahli kariah masjid sebelum diagihkan kepada orang ramai.

Selain itu, turut diadakan penyerahan bakul makanan kepada 15 orang asnaf yang telah dikenal pasti hasil sumbangan ikhlas beberapa pihak yang bermurah hati serta warga Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha Maritim Malaysia dalam mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *