
13 Mac 2026
Kerajaan komited untuk membantu pembangunan sektor animasi negara menerusi usaha yang diterajui Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata bagi tujuan itu, satu sesi libat urus akan diadakan oleh FINAS selepas sambutan Aidilfitri.
Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi berkata satu pertemuan telah diadakan bersama FINAS dan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) di Menara Komunikasi, Putrajaya, semalam, bagi membincangkan isu-isu semasa penggiat industri animasi.
