π—žπ——π—£π—• π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—£π—”π—›π—”π—‘π—š π—­π—”π—›π—œπ—₯ 𝗛𝗔π—₯𝗔𝗣𝗔𝗑 π—Ÿπ—œπ—›π—”π—§ 𝗝𝗔𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 𝗕𝗔𝗛𝗔π—₯𝗨 π—žπ—”π— π—£π—¨π—‘π—š π—•π—œπ—‘π—π—”π—œ π—¦π—œπ—”π—£ π—œπ—žπ—¨π—§ π—π—”π——π—¨π—”π—Ÿ π——π—˜π— π—œ π—žπ—˜π— π—¨π——π—”π—›π—”π—‘ π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§

LIPIS, 13 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan harapan agar projek pembinaan jambatan baharu di Kampung Binjai di sini dapat disiapkan mengikut jadual kerana ia amat penting dalam meningkatkan kemudahan perhubungan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Paduka Baginda bertitah projek yang menelan belanja kira-kira RM63 juta itu amat penting bagi memudahkan pergerakan penduduk setempat selain meningkatkan kemudahan perhubungan di kawasan kampung berkenaan.

β€œSaya difahamkan ada sedikit kelewatan pada peringkat awal pembinaan. Saya harap pihak kontraktor dapat mengejar semula jadual pelaksanaan supaya projek ini dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

β€œSaya sendiri berharap dapat melihat jambatan ini siap dalam tempoh yang dirancang iaitu sekitar Februari 2028,” titah Paduka Baginda.

Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Binjai di sini hari ini.

Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail; Duta Besar UAE ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Mubarak Saeed Aldhaheri dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP), Dato’ Ahmad Islanizam A.Halim.

Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda berkenan mengurniakan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) kepada 22 penerima melibatkan tiga daerah iaitu Lipis, Raub dan Bentong.

Sementara itu Paduka Baginda turut menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya banjir di kawasan tersebut (Kampung Binjai) memandangkan keadaan sungai yang berliku dan berpotensi menghalakan aliran air ke kawasan kampung.

Paduka Baginda menzahirkan cadangan agar agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran menjalankan kajian bagi menambah baik aliran sungai termasuk kemungkinan meluruskan alirannya atau menyediakan sistem perparitan tambahan bagi mengurangkan risiko banjir pada masa hadapan.
β€œSaya tidak boleh jamin bahawa pembinaan jambatan ini akan mengelakkan banjir sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memudahkan pergerakan penduduk ketika musim biasa.

β€œNamun jika kajian dapat dibuat untuk memperbaiki aliran sungai, mungkin ia dapat membantu meredakan kesan banjir pada masa akan datang,” titah Paduka Baginda. -KESULTANAN PAHANG

β€”β€”-

HRH THE SULTAN OF PAHANG EXPRESSES HOPE TO SEE NEW KAMPUNG BINJAI BRIDGE COMPLETED ON SCHEDULE FOR THE BENEFIT OF THE PEOPLE

LIPIS, March 13, 2026 – His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah has expressed hope that the construction of the new bridge in Kampung Binjai here will be completed according to schedule as it is crucial in improving connectivity and the well-being of the local community.

His Royal Highness said the project, which costs approximately RM63 million, is very important in facilitating the movement of residents while enhancing transportation access in the village.

β€œI understand that there were slight delays during the early stages of construction. I hope the contractor will be able to catch up with the implementation schedule so that the project can be completed within the stipulated timeframe.

β€œI personally hope to see this bridge completed within the planned period, which is around February 2028,” said His Royal Highness.

His Royal Highness said this when graciously attending the Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) House Key Presentation Ceremony held at Kampung Binjai here today.

His Royal Highness was accompanied by the Crown Prince of Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, and was received by the Menteri Besar of Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail; the Ambassador of the United Arab Emirates to Malaysia, Dr. Mubarak Saeed Aldhaheri; and the Chief Executive Officer of the Pahang Housing and Property Board (LPHP), Dato’ Ahmad Islanizam A. Halim.

At the ceremony, His Royal Highness presented Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) houses to 22 recipients from three districts β€” Lipis, Raub and Bentong.

Meanwhile, His Royal Highness also voiced concern over the possibility of flooding in the area (Kampung Binjai) due to the winding condition of the river, which could potentially channel water flow towards the village.

His Royal Highness suggested that relevant agencies, including the Department of Irrigation and Drainage, conduct a study to improve the river’s flow, including the possibility of straightening the river or constructing additional drainage systems to reduce flood risks in the future.

β€œI cannot guarantee that the construction of this bridge will completely prevent floods, but at least it will facilitate the movement of residents during normal conditions.

β€œHowever, if studies can be carried out to improve the river flow, it may help reduce the impact of flooding in the future,” said His Royal Highness. -KESULTANAN PAHANG

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *