KKM perkasa Pekeliling Perkhidmatan sedia ada larang penggunaan bahasa kasar – Dr Dzulkefly

Oleh: Sholina Osman
14 MAC 2026

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkasakan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan sedia ada yang secara tegas melarang penggunaan bahasa kasar, maki hamun, penghinaan secara terbuka (public shaming), mahupun sebarang gangguan emosi yang melampaui batas profesionalisme.

Menterinya Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata Pekeliling Perkhidmatan ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Dokumen ini menjadi rujukan mandatori dalam tindakan tatatertib bagi memastikan setiap aduan
diproses secara adil dan telus di semua peringkat fasiliti,” kata beliau dalam kenyataan media.

ISU PERSEKITARAN KERJA

Beliau berkata KKM sentiasa mengambil serius isu persekitaran kerja dan kebajikan seluruh petugas kesihatan, terutamanya dalam memastikan setiap warga KKM
bertugas dalam persekitaran yang profesional, beretika, dan berteraskan
nilai-nilai MADANI.

“Pengurusan tertinggi di setiap fasiliti kesihatan perlu mengambil tanggungjawab mewujudkan budaya kerja harmoni dan penyayang serta wajib menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap sebarang aduan tanpa kompromi atau melindungi mana-mana individu,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *