PMX hadir Mini Konvensyen KEADILAN, rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Cabang peringkat Sarawak

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 MAC 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mini Konvensyen KEADILAN serta merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang peringkat Sarawak.

Beliau menganggap pertemuan bersama keluarga besar parti amat penting kerana KEADILAN tidak sekadar organisasi politik tetapi merupakan wadah yang lahir dari tekad untuk membawa perubahan, menegak keadilan dan mengangkat martabat rakyat seluruhnya.

“Malah kita tidak pernah berganjak daripada prinsip bahawa kemajuan negara mesti dinikmati semua, dan tidak hanya berlegar di kalangan elit semata,” kata Anwar dalam hantaran di FB

Beliau berkata parti ini sejak dahulu tegas membawa suara masyarakat pelbagai kaum dan wilayah; daripada isu melibatkan tanah adat di Sarawak hinggalah nasib rakyat di Sabah, Kelantan, Perlis dan Johor.

AMAN DAN KUAT

Justeru, kata beliau negara ini hanya akan aman dan kuat apabila kita melihat kepentingan bersama sebagai asas perjuangan, melangkaui sentimen sempit kaum, daerah mahupun kelompok.

Lantaran itu, beliau menyeru seluruh pimpinan, anggota dan aktivis partai agar terus memperkukuh saf perjuangan.

“Saya turut tegaskan betapa ujian sebenar untuk melaksanakan perubahan atau reformasi adalah pada saat berkuasa, bukan sesudah tidak berkuasa atau telah tersingkir,” kata Anwar.

Beliau mengakui bahawa tidak semua reformasi yang kita dambakan itu dapat kita lakukan secepat yang kita mahu, tapi yang penting kita mesti konsisten dan menginsafi bahawa kita tidak ‘perfect’ dan jalankan kerja dengan sebaik dan sedayanya.

“Kekuatan saya hari ini berpaksi pada kekuatan parti; iaitu cabang, ranting, Angkatan Muda serta sayap Wanita yang terus menyemarakkan semangat kita untuk menjelmakan Malaysia yang adil, makmur dan bermaruah,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *