JSPT–PERKESO PERKUKUH KERJASAMA CEGAH KEMALANGAN JALAN RAYA

Putrajaya, 14 Mac 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memperkukuh kerjasama strategik bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam usaha memperkasa inisiatif pencegahan kemalangan jalan raya.

Usaha tersebut dizahirkan melalui kunjungan hormat Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali ke atas Pengarah PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz di Pejabat PERKESO, semalam.

Pertemuan berkenaan turut membincangkan cadangan kerjasama serta inisiatif masa hadapan yang memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus diperkukuh.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *