



14 Mac 2026
Keceriaan jelas terpancar kepada 300 keluarga yang menerima set bakul makanan dan manisan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Sumbangan diserahkan oleh Shah Reza Md Kanafe, Pengurus Kanan YSIJ kepada YB Marina Ibrahim, ADUN Skudai sebelum diserahkan kepada penerima.
Majlis berlangsung semalam (14 Mac) di Dewan Raya Tun Aminah yang turut dihadiri penerima sumbangan pelbagai kaum.
