




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 MAC 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah ke Bazar Ramadan UA di Sepanggar, Sabah bagi menyantuni para peniaga dan pengunjung yang hadir daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk mencari juadah berbuka puasa.
Beliau berkata suasana yang penuh meriah dengan pelbagai pilihan juadah tempatan, daripada lauk-pauk, kuih-muih hinggalah aneka minuman, jelas mencerminkan kekayaan tradisi dan budaya makanan kita setiap kali Ramadan menjelang.
“Saya sendiri turut membeli beberapa juadah untuk berbuka, sambil mengambil kesempatan bertanya khabar dan mendengar sendiri pandangan para peniaga serta pengunjung mengenai persiapan Ramadan tahun ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Perdana Menteri berharap mudah-mudahan Ramadan ini terus menjadi medan memperkukuh ukhuwah, menyemai keprihatinan, serta menghidupkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat. – JM
