

16 Mac 2026
PelabuhanKlang : Kerajaan akan melaksanakan satu program khas kepada pesara dan veteran tentera bagi mendapatkan lesen kelas E untuk memandu kenderaan berat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif baharu itu dianggap keperluan dalam menampung kekurangan pemandu kenderaan berat dalam industri haulier dan logistik.
Malah, beliau berkata kebanyakan pesara tentera berusia lingkungan 40-an masih bertenaga untuk memandu jentera termasuk trak.
โUntuk itu, kita (kerajaan) akan membuat padanan bagi pesara yang mahir memandu itu dan memiliki lesen (memandu kenderaan berat) tentera untuk tukar terus kepada lesen kelas E.
โMenerusi mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara baru-baru ini, kita bersetuju untuk memberikan lesen (program khas) kepada mereka,โ katanya dalam ucapan perasmian Bangunan Annex Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan Sambutan Tahun Baharu Cina serta Iftar Ramadan, hari ini.
๐ธ Faisal Jaafar | BERNAMA
