




Wartawan JM
16 MAC 2026
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan kali ke-43 serta Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan (MOF).
Beliau yang juga selaku Penaung PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan menyifatkan PUSPANITA adalah platform penting dalam menyatukan warga wanita penjawat awam, sama ada yang masih berkhidmat, yang telah bersara mahupun isteri atau suri kepada penjawat awam lelaki.
Beliau berkata PUSPANITA juga merupakan sebuah gerakan yang membantu melahirkan kepimpinan wanita yang berdaya saing serta aktif dalam program kebajikan, pendidikan, dan pembangunan sahsiah
“Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dan saya yakin PUSPANITA Cawangan MOF akan terus menjadi rakan strategik yang signifikan dalam menyokong agenda kementerian serta mendukung aspirasi pembangunan negara,” kata beliau dalam perkongsian di FB. – JM
