Jemaah Menteri telah bersetuju supaya MTEN pantau krisis di Asia Barat – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 MAC 2026

Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memantau krisis di Asia Barat dan perbincangan mendalam diadakan secara mingguan.

Berikutan itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata , Mesyuarat MTEN Bilangan 2 Tahun 2026 pada hari ini telah mendengar taklimat terkait petunjuk-petunjuk utama semasa ekonomi negara dan secara keseluruhan, keadaaan adalah terkawal.

“Namun, pemantauan dan langkah-langkah awal atas kemungkinan-kemungkinan yang bakal timbul perlu direncanakan sekarang, dan sehubungan itu, perbincangan-perbincangan MTEN akan melibatkan penyertaan lebih aktif daripada pihak industri bagi memastikan pemahaman isu dan cadangan penyelesaian yang lebih cepat serta praktikal dapat ambil,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata kerajaan MADANI akan terus memantau rapat krisis ini serta kesannya kepada ekonomi dan rakyat dan kekal fokus mengekalkan asas ketahanan ekonomi negara dan memastikan kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *