
17 MAC 2026
.
๐๐๐ ๐๐ ๐๐ก (TERENGGANU) โ Dua pemancing berdepan detik cemas apabila hanyut hampir 11 jam di perairan Kemaman selepas bot dinaiki mengalami kerosakan enjin sebelum berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman, awal pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan sekitar pukul 12.30 tengah malam sebelum operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) digerakkan.
KEROSAKAN KIPAS ENJIN
โAset Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi pada pukul 1.18 pagi dan hasil pencarian yang dijalankan, kedua-dua mangsa bersama bot berjaya ditemui serta diselamatkan kira-kira pukul 3.00 pagi,โ katanya lagi.
Mangsa dikenali sebagai Abdul Hafiz Imran Abd Latif, 39 tahun, dari Dungun, dan Ahmad Arif Tajudin Rosli, 29 tahun, dari Pengkalan Nelayan Paka, dilaporkan keluar ke laut untuk aktiviti memancing sebelum bot yang dinaiki mengalami kerosakan pada kipas enjin kira-kira pukul 4.00 petang semalam.
Keadaan itu menyebabkan bot tidak dapat bergerak dan hanyut dibawa arus. Kedua-dua mangsa hanya berjaya mendapatkan liputan talian telefon sekitar pukul 9.00 malam sebelum menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan situasi mereka.
.
