πŸ—πŸ‘πŸ• ππ‘πŽπ’ππ„πŠ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πƒπˆππ„ππ€π’πŠπ€π πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ 𝐏𝐁𝐒𝐋 π’π„πŒππ„ππ€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ

18 MAC 2026

KAJANG (SELANGOR):
Seramai 937 prospek di 43 institusi penjara seluruh negara dibebaskan menerusi Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) MADANI Yakin sempena Aidilfitri.

Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Kuala Lumpur Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Aminon Adnan berkata ia melibatkan 899 lelaki dan 38 wanita dengan 406 prospek ditempatkan dengan keluarga, majikan (390), rumah perantaraan (137) dan badan bukan kerajaan (empat).

β€œJabatan Penjara menyasarkan pelepasan 3,000 prospek tahun ini secara PBSL yang secara tidak langsung mengurangkan kesesakan penjara dan perbelanjaan memandangkan kos tanggungan seorang prospek di penjara kira-kira RM50 sehari,” katanya.

Aminon berkata demikian semasa mewakili Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Hafidz Othman pada majlis PBSL di Penjara Kajang di Selangor hari ini.

WANITA MENGANDUNG

PBSL diberikan kepada prospek atau banduan yang menjalani hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, golongan rentan dan wanita mengandung dengan hukuman penjara kurang daripada empat tahun, telah melalui program pemulihan di penjara serta berkelakuan baik serta mempunyai penjamin.

Sumber/Foto: BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *