
18 MAC 2026
Musim balik kampung sudah tiba! Jalan raya semakin sibuk, masing-masing teruja untuk pulang beraya bersama keluarga tercinta 🏡
Bagi pengguna Lebuhraya PLUS, ambil maklum bahawa Kamera AwAS dipasang di beberapa lokasi strategik bagi mengesan kesalahan lalu lintas secara automatik, termasuk had laju dan pelanggaran lampu isyarat.
⚠️ Sistem ini membantu memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan demi keselamatan bersama.
🚗💡 Pandulah dengan berhemah, patuhi had laju dan sentiasa berhati-hati. Biar perlahan, asalkan selamat sampai ke destinasi, yang penting, dapat beraya bersama insan tersayang ❤️
