π—¦π—”π— π—£π—¨π—Ÿ π——π—¨π—œπ—§ π—₯𝗔𝗬𝗔 π—π—”π——π—œ π— π—˜π——π—œπ—¨π—  π—§π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—žπ—˜π—¦π—˜π——π—”π—₯𝗔𝗑 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 π—œπ—¦π—¬π—”π—₯𝗔𝗧

21 Mac 2026

ShahAlam : Bagi kebanyakan masyarakat, sampul duit raya yang berwarna-warni dan diisi wang sebagai tanda ingatan dan penghargaan hanyalah pelengkap kepada tradisi Aidilfitri.

Namun bagi individu Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran, Mohd Armi Rusli, 43, setiap sampul mempunyai potensi besar sebagai medium pendidikan dan kesedaran.

Mohd Armi yang merupakan pengasas #SignOn yang menawarkan program pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) secara percuma, tampil dengan inisiatif menghasilkan sampul duit raya memaparkan cetakan asas abjad dan nombor dalam BIM.

Beliau berkata idea itu tercetus pada Ramadan tahun lepas semasa memikirkan pendekatan lebih santai untuk memperkenalkan bahasa isyarat kepada masyarakat, khususnya kanak-kanak.

πŸ“Έ Mohd Asri Saifuddin Mamat | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *