๐Ÿญ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—š๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—”

.
๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—ž๐—œ๐—ก๐—”๐—•๐—”๐—Ÿ๐—จ, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ โ€“ Sebanyak 150 batang lemang telah diagihkan kepada pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan W.P. Labuan yang akan bertugas pada hari raya Aidilfitri.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Komander Maritim Siti Khairunnisak Abd Aziz berkata, inisiatif tersebut sebagai tanda penghargaan kepada anggota yang terus komited menjalankan amanah walaupun ketika perayaan.

โ€œWalaupun tidak bersama keluarga pada pagi raya, sekurang-kurangnya ada sedikit suasana Aidilfitri yang dapat dikongsi bersama rakan setugas,โ€ katanya ketika mewakili Pengarah Maritim Negeri Sabah pada majlis penyerahan berkenaan.

Lemang berkenaan diagihkan kepada 16 seksyen termasuk kapal dan bot operasi yang terlibat dalam penugasan sepanjang Aidilfitri.

Ia disediakan secara gotong-royong oleh komuniti maritim di perkarangan Surau An-Najihin, Kuarters JBPM Sabah.

Program tersebut turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Timbalan Pengerusi KESMAR Sabah, Ryan Solacito.

Selain pegawai dan anggota Maritim Malaysia, agihan turut disalurkan kepada agensi sahabat iaitu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai simbol kerjasama berterusan dalam aspek keselamatan.

Inisiatif berkenaan dilihat bukan sekadar menyemarakkan Aidilfitri, malah memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan petugas yang terus berada di lapangan demi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *