



TEMERLOH, 22 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang yang berlangsung meriah di Dewan Sri Lanchang, di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda berdua diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disambut YAB Menteri Besar Pahang, Datoβ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Sri Datoβ Burhah Mohammed.
Majlis bertemakan βMoh Beraya @ Negeri Pahangβ itu menerima sambutan luar biasa apabila kira-kira 20,000 pengunjung membanjiri perkarangan dewan seawal pukul 9 pagi, sekaligus mencerminkan semangat perpaduan dan kemeriahan Aidilfitri dalam kalangan rakyat negeri ini.
Dalam pada itu, Kebawah Duli Paduka Bainda Tuanku bertitah bahawa tanggungjawab sebagai seorang raja bukanlah sesuatu yang mudah, khususnya ketika musim perayaan yang tetap menuntut pemimpin untuk bersama rakyat.
Menurut Paduka Baginda, kehadiran ribuan rakyat ke majlis rumah terbuka di Istana AbdulAziz semalam dan Dewan Sri Lanchang memberi suntikan semangat untuk terus bekerja dan berkhidmat.
βWalaupun Hari Raya adalah hari cuti, kita tetap perlu bekerja, melayan rakyat, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Saya telah dua hari bersama rakyat di Kuantan dan di sini (Lanchang),β titah Paduka Baginda.
Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada YAB Menteri Besar Pahang atas penganjuran majlis berkenaan serta kepada semua penyedia katering yang menyediakan hidangan kepada para tetamu.
βSaya berasa bangga kerana dapat hadir di Lanchang ini dan melihat peningkatan ukhuwah dalam kalangan masyarakat apabila dapat bersama-sama berkumpul dan menikmati juadah di sini, tambahan pula dengan hidangan Cendol Lily yang disediakan, sudah lama saya tidak menikmatinya,β titah Paduka Baginda.
Selain itu, Paduka Baginda menegaskan kepentingan menyediakan peluang ekonomi dan pekerjaan kepada rakyat serta mendoakan agar negeri Pahang terus dilindungi Allah SWT dan mencapai pembangunan serta kesejahteraan berterusan.
Paduka Baginda dalam masa sama mengajak rakyat supaya mendoakan agar konflik peperangan melibatkan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Israel dan Iran dapat ditamatkan, memandangkan kesannya turut dirasai masyarakat di seluruh dunia. -KESULTANAN PAHANG
βββ
HRH THE SULTAN OF PAHANG AND HRH THE TENGKU AMPUAN OF PAHANG GRACIOUSLY ATTEND THE PAHANG MENTERI BESARβS AIDILFITRI OPEN HOUSE IN LANCHANG
TEMERLOH, March 22, 2025 β His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, graciously attended the Menteri Besar of Pahangβs Aidilfitri Open House, which was held in a lively atmosphere at Dewan Sri Lanchang here today.
Their Royal Highnesses were accompanied by His Royal Highness the Crown Prince of Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, and were received by the Menteri Besar of Pahang, Datoβ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, and his wife, Datin Sri Datoβ Burhah Mohammed.
The event, themed βMoh Beraya @ Negeri Pahangβ, received an extraordinary response as approximately 20,000 visitors flocked to the hall grounds as early as 9 a.m., reflecting the spirit of unity and the festive joy of Aidilfitri among the people of the state.
In the meantime, His Royal Highness remarked that the responsibility of being a ruler is not an easy one, especially during festive seasons when leaders are still required to be with the people.
According to His Royal Highness, the presence of thousands of people at the open house events at Istana AbdulAziz and Dewan Sri Lanchang provided motivation to continue working and serving the public.
βAlthough Hari Raya is a public holiday, we still have to work, meet the people, shake hands and seek forgiveness. I have spent the past two days with the people in Kuantan and here in Lanchang,β said His Royal Highness.
His Royal Highness also expressed appreciation to the Menteri Besar of Pahang for organizing the event, as well as to all catering providers who prepared food for the guests.
βI feel proud to be here in Lanchang and to see the strengthening of bonds among the community as they gather and enjoy the food together, especially with the Cendol Lily dessert served here, which I have not had for a long time,β said His Royal Highness.
In addition, His Royal Highness emphasized the importance of providing economic and employment opportunities for the people, and prayed that the state of Pahang would continue to be protected by Allah SWT and achieve ongoing development and prosperity.
At the same time, His Royal Highness called on the people to pray for an end to ongoing conflicts involving several countries, including the United States, Israel, and Iran, as their effects are felt by communities around the world. -KESULTANAN PAHANG
