
23 Mac 2026
Maklumat seperti ID Pengguna, kata laluan (PIN) dan OTP adalah kunci kepada akaun anda. Sekiranya anda berkongsi dengan pihak ketiga, anda sebenarnya telah menyerahkan kunci keselamatan kewangan anda.๐ ๐ช
Jadi, apa yang anda perlu lakukan?
1๏ธโฃ Jangan percaya panggilan, mesej atau e-mel yang mencurigakan.
2๏ธโฃ Jangan kongsi maklumat peribadi kepada sesiapa.
3๏ธโฃ Hubungi bank anda sekiranya anda curiga!
Ingat, pihak bank TIDAK AKAN meminta maklumat ini melalui telefon, e-mel, atau mesej!
Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1๏ธโฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan
๐จ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐ Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐ฎโโ๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
๐ Jaga Rahsia Anda, Lindungi Masa Depan Anda. Akaun ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA๐ช
