
23 Mac 2026
Lebih 400 stesen minyak di seluruh Filipina telah menghentikan operasi susulan kenaikan harga bahan api, menurut Polis Kebangsaan Filipina (PNP) pada Isnin, lapor Xinhua.
Jurucakap PNP Randulf Tuano berkata pada sidang media bahawa jumlah stesen minyak yang ditutup di Filipina meningkat kepada 403 berbanding 273 yang direkodkan pada Rabu lepas.
Beliau menambah bahawa PNP telah memantau sebanyak 14,313 stesen minyak di seluruh negara, dan bekalan bahan api sedia ada dijangka mencukupi sehingga pertengahan April.
