
Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 sekali lagi membuka ruang kepada rakyat untuk mendekati pelbagai perkhidmatan kerajaan secara terus dan menyeluruh. Kali ini, negeri Perak Darul Ridzuan menjadi lokasi pilihan dengan tema:
“Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni”
đź’¬KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI
“Kerajaan akan terus memastikan setiap inisiatif sampai kepada rakyat secara menyeluruh dan berkesan.”
— YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri
Program ini bukan sekadar penganjuran biasa, tetapi merupakan manifestasi komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkasa melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, inklusif dan mesra rakyat.
🗓️ 3 hingga 5 April 2026 (Jumaat – Ahad)
📍 Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, Perak
Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung termasuk:
âś… Perkhidmatan terus agensi kerajaan
âś… Pameran inisiatif rakyat
âś… Program komuniti & keluarga
âś… Aktiviti interaktif untuk semua lapisan masyarakat.
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan dan Agensi di bawahnya turut komited dalam menjayakan program ini menerusi penyampaian perkhidmatan yang lebih dekat dengan rakyat, selaras dengan pendekatan “people-centric” dan Smart Enforcement demi keselamatan serta kesejahteraan negara.
Ayuh seluruh rakyat Perak dan kawasan sekitar, bersama-sama hadir memeriahkan Program MADANI Rakyat 2026. Inilah peluang terbaik untuk merasai sendiri aspirasi Kerajaan MADANI dan mendapatkan perkhidmatan secara terus di lapangan.
