
25 Mac 2026
Kerajaan terus bersiap sedia untuk menghadapi situasi konflik berpanjangan di Asia Barat yang dijangka membawa implikasi ekonomi bukan sahaja kepada negara, malah di peringkat global secara keseluruhannya.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan memaklumkan kerajaan akan mengambil pendekatan menyeluruh dan terselaras untuk menangani keadaan ini.
Perkara itu antara fokus utama yang dibincangkan dalam Sidang Khas MKN hari ini bagi menangani kesan ketidaktentuan konflik di rantau itu yang telah berlangsung selama dua minggu.
