Langkah intervensi awal yang proaktif akan dilaksana bagi ketahanan ekonomi negara – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 MAC 2026

Kerajaan bakal melaksanakan beberapa langkah intervensi awal yang proaktif dan tuntas akan dilaksanakan segera bagi memastikan ketahanan ekonomi negara terus terpelihara susulan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan turut menggembleng usaha menjamin keterjaminan bekalan tenaga, termasuk mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz.

Beliau berkata situasi ini akan terus dipantau rapi, dengan maklumat disalurkan secara telus kepada rakyat.

MENDEPANI CABARAN INI

“Dalam mendepani cabaran ini, ketenangan, disiplin dan semangat kebersamaan amat penting untuk memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026 bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa, tekanan ekonomi global serta implikasi keselamatan susulan konflik di Asia Barat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun masih dalam suasana perayaan Aidilfitri, kesejahteraan rakyat khususnya kos sara hidup kekal menjadi keutamaan Kerajaan MADANI. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *