Malaysia-Singapura senada konflik di Asia Barat diselesaikan melalui dialog – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 MAC 2026

Malaysia-Singapura senada bahawa segala pertikaian di Asia Barat harus diselesaikan melalui dialog dan saluran diplomatik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan demikian ketika berhubung dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, bagi membincangkan perkembangan terkini konflik di Asia Barat yang kesannya semakin meruncing dan menghimpit seluruh dunia, termasuk negara-negara di Asia Tenggara.

“Malaysia bersedia menyokong sebarang usaha ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan, keadilan dan kestabilan di Asia Barat,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata Malaysia juga menyokong seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera dilaksanakan, di samping menggesa semua pihak kembali ke meja rundingan.

“Kami turut berkongsi kebimbangan serius terhadap penutupan Selat Hormuz serta serangan terhadap infrastruktur kritikal yang boleh menggugat kestabilan pasaran minyak dunia dan keselamatan tenaga serantau, khususnya di Asia Tenggara,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *