
Wartawan JM
27 MAC 2026
Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk memastikan aspek keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah dalam keadaan cuaca panas terpelihara.
Kenyataan media KPM memaklumkan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menjadi peringatan kepada semua institusi pendidikan KPM untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti garis panduan dalam menghadapi cuaca panas pada ketika ini.
KPM telah mengeluarkan arahan berkaitan kepada semua institusi
pendidikan bawah kelolaannya.
Ini termasuk keperluan untuk memantau pelaksanaan aktiviti luar serta kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di sekolah untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas. – JM
