π——π—œπ—£π—Ÿπ—’π— π—”π—¦π—œ π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗛𝗔𝗑𝗔𝗑 π—•π—˜π—₯𝗣π—₯π—œπ—‘π—¦π—œπ—£ – π— π—˜π—‘π—šπ—¨π—žπ—¨π—›π—žπ—”π—‘ π—£π—”π—¦π—”π—ž π—žπ—˜π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§π—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—žπ—˜π—£π—˜π—₯𝗖𝗔𝗬𝗔𝗔𝗑 π—¦π—˜π—₯𝗔𝗑𝗧𝗔𝗨

26 Mac 2026

KUALA LUMPUR:
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa menerusi pemerkasaan Diplomasi Pertahanan yang berprinsip dan berwawasan tinggi. Berpaksikan Tonggak Ke-7 Panglima Angkatan Tentera Ke-24, usaha ini merupakan manifestasi komitmen ATM dalam memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang disegani dan dihormati oleh rakan sekutu global.

Kehadiran General Direk Bongkarn, Chief of the Neighbouring Countries Coordination Centre, Royal Thai Army ke Wisma Pertahanan hari ini bagi mengadakan Kunjungan Hormat kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, bukan sekadar simbolik kunjungan hormat semata-mata. Ia merupakan satu langkah strategik dalam membina modal kepercayaan untuk mengurus krisis masa hadapan serta meningkatkan kecekapan interoperabiliti bagi tujuan operasi bersama yang lebih efektif.

Dalam pertemuan tersebut, Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman menegaskan bahawa diplomasi pertahanan berfungsi sebagai instrumen kritikal bagi memelihara kepentingan negara. Melalui saluran komunikasi yang sentiasa terbuka, sebarang risiko salah tafsir dapat dikawal, sekali gus membina strategic trust capital yang berterusan dengan rakan serantau.

Pendekatan ini juga penting bagi menjamin kebebasan navigasi di laluan maritim kritikal serta memperkukuh sentraliti ASEAN dalam arkitektur keselamatan serantau yang dinamik.

Sinergi yang terjalin antara Malaysia dan Thailand ini mencerminkan kepentingan perspektif geopolitik dan geostratejik yang seimbang.

ATM akan terus konsisten dalam menerajui inisiatif kerjasama pertahanan demi memastikan kedaulatan negara terpelihara dan kestabilan rantau ini sentiasa dalam keadaan yang kondusif.

Berita : BRKSP.
Gambar: Pejabat PAT.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *