PMX solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
27 MAC 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong bersama warga setempat.

Beliau berkata khutbah bertajuk β€œPrinsip Kecukupan Dalam Islam” mengingatkan kita akan pentingnya menghayati nilai qanaah, yakni rasa cukup dengan segala yang dikurniakan oleh Allah SWT.

“Dalam suasana dunia yang masih berdepan pelbagai ketidaktentuan akibat konflik di Asia Barat, adalah amat penting untuk nilai qanaah ini terus diperkukuh dalam jiwa umat Islam semua,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Anwar berkata walaupun kesan terhadap negara kita masih terkawal, kita tidak boleh alpa dan mesti sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, sambil terus memperkukuh perpaduan dan daya tahan sebagai sebuah bangsa yang berdaulat.

“Lepas solat, saya turut berkesempatan beramah mesra dengan para jemaah, dalam semangat silaturahim yang terus mekar di bulan Syawal ini,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *