


KUANTAN, 29 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan menerima mengadap 14 anggota pengiring rapat Istana Pahang yang akan menyertai Kursus Asas Payung Terjun Statik Ram Air Siri 1/2026 bermula esok sehingga 10 April depan.
Pada sesi itu, Paduka Baginda turut berkenan memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada semua peserta agar berhati-hati dan mengikuti kursus berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Kesemua peserta terlibat akan menjalani dua fasa kursus yang diselaraskan oleh Juruiring ATM KDPB Sultan Pahang, Kolonel Mohd Razlan Bin Jamaludin TUDM iaitu fasa pertama (teori) di Markas Rejimen TUDM Jugra manakala fasa kedua (penerjunan) di Pangkalan Udara Kuantan. Kursus ini akan dikendalikan oleh Jurulatih dari Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sambil dibantu oleh Jurulatih dari Pasukan Khas Udara TUDM (PASKAU). -KESULTANAN PAHANG
ββ
HRH THE SULTAN OF PAHANG RECEIVES AUDIENCE OF 14 PALACE CLOSE PROTECTION OFFICERS TO UNDERGO BASIC PARACHUTING COURSE
KUANTAN, March 29, 2026 β His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, today graciously granted an audience to 14 members of the Pahang Palace close protection unit who will be participating in the Basic Static Ram Air Parachuting Course Series 1/2026, scheduled to commence tomorrow until 10 April.
During the meeting, His Royal Highness also conveyed advice and words of encouragement to all participants, urging them to remain cautious and to undergo the course with full dedication.
All participants will undergo two phases of training coordinated by His Royal Highnessβs Aide-de-Camp from the Malaysian Armed Forces, Colonel Mohd Razlan bin Jamaludin of the Royal Malaysian Air Force (RMAF). The first phase (theoretical) will be held at the RMAF Regiment Headquarters in Jugra, while the second phase (parachuting) will take place at Kuantan Air Base.
The course will be conducted by instructors from the Fire and Rescue Department of Malaysia Special Air Unit (PASKUB), with assistance from instructors of the Royal Malaysian Air Force Special Air Service (PASKAU). -KESULTANAN PAHANG
