๐—•๐—ข๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ก๐——๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ง

.
๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ, ๐Ÿฏ1 ๐— ๐—ฎ๐—ฐ โ€“ Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan 13 orang pelancong selepas bot penumpang yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin dan hanyut di kedudukan kira-kira 7.3 batu nautika timur laut Muara Kuala Besut, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, kejadian kira-kira pukul 5.00 petang itu disedari oleh kru bot PERKASA 48 yang sedang melaksanakan rondaan rutin sebelum terlihat lambaian tangan daripada penumpang bot terbabit.

โ€œKetua bot PERKASA 48 segera menghampiri bot berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati ia mengalami kerosakan enjin sehingga menyebabkan bot tersebut hanyut serta terumbang-ambing di laut,โ€ katanya lagi.

Jelas beliau, kesemua mangsa terdiri daripada seorang pelancong tempatan serta 12 warga asing melibatkan empat dari China, dua dari United Kingdom, tiga dari Perancis, dua dari Singapura dan seorang dari Bangladesh.

Kesemua mangsa berjaya dipindahkan ke bot PERKASA 48 sebagai langkah keselamatan sebelum dibawa ke Jeti Jabatan Laut Besut.

Sementara itu, Kepten Maritim Hamiludin turut menasihatkan pengusaha bot penumpang agar sentiasa memastikan aspek keselamatan, khususnya keadaan enjin, berada pada tahap optimum sebelum memulakan pelayaran.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru orang ramai segera melaporkan sebarang kecemasan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 013-7464357 atau menghubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *