



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
31 MAC 2026
Ekonomi Malaysia masih mengekalkan daya tahan bagi menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana Malaysia mempunyai asas yang kukuh apabila didukung kestabilan politik serta kekuatan institusi.
“Namun, realitinya kita kini berada dalam situasi yang memerlukan seluruh negara bersiap siaga,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Terdahulu Anwar menghadiri Forum Ilmuan Malaysia MADANI iaitu wadah penting untuk menghimpunkan pandangan Kerajaan, akademia dan sektor profesional dalam membahaskan isu-isu mendesak negara secara terbuka dan berfakta.
KERAJAAN KEKAL JELAS
Sehubungan itu kata Anwar keutamaan Kerajaan kekal jelas bagi memastikan rakyat dilindungi sebaik mungkin.
Jelas beliau sementara langkah-langkah berhemat diambil untuk menjamin kestabilan ekonomi jangka sederhana dan panjang.
Dalam keadaan ini, pendekatan kita mesti berlandaskan fakta, disiplin dan rasa tanggungjawab bersama agar setiap keputusan bukan sahaja tepat, tetapi adil dan berteraskan ihsan kepada rakyat. – JM
